Wednesday 30 March 2011

BUAT BAKAL IBU yang Hamil diusia muda!!

Assalamualaikum pembuka kata,
Yo Ziero's!

oklah post hari ini ialah berkenaan dengan satu tips buat kaum hawa yang HAMIL pada usia muda.(kira buat pasangan baru kawin la kan??) oklah Ziero taknak ngomel banyak, 

Ni Ziero nak Cecita cecita la nih, hehe

baiklah tips ini berkaitan dengan masalah biasa yang pasti akan dihadapi iaitu Morning Sickness ha...
apa benda morning sickness?? ok morning sickness ni selalunya terjadi pada wanita yang baru hamil dalam 3 buan yang pertama. Mereka akan mengalami rasa mual dan muntah muntah.

Oklah JOM USHA TIPS DIA..

  1. Bila dah tau yang awak tu da mengandung, makan pada jumlah yang sedikit tetapi kerap.. bermakna tak boleh la tak makan langsung, tak baik pulak untuk kesihatan baby nanti.
  2. ha yang kedua pulak banyak kan makanan yang berkarbohidrat dan berprotein atau pun makan je buah, benda ni smua dapat mengurangkan rasa mual yang dialami oleh mereka yang hamil. selain itu ia juga baik untuk baby(hehe kira semua tips ni memang baik la untuk baby dan mak baby tapi bukan bapak baby la ye??)
  3. kalau boleh elakkan makan makanan yang pedas dan berlemak sebab benda ni akan buatkan anda lebih rasa mual.
  4. minum air yang secukupnya supaya tak kurang air disebabkan muntah-muntah tadi.
  5. dan yang terakhir, banyakkan rehat sebab rehat boleh membantu anda mengatasi rasa mual dan muntah yang berterusan. Jika dah teruk, kunjungi klinik berhampiran untuk merujuk kepada doktor.

hehe gamba diatas ni salah satu dari pemakanan sihat?? sanggup ke wahai ibu2?? hehe
pape pun

"we struggle for a story, to serve Ziero Gravity"

5 comments: