Wednesday 30 March 2011

Apa nak buat bila Orang da tak sudi??

Assalamualaikum pembuka kata,
Yo Ziero's!
hehe oklah memandangkan tajuk entry Ziero kali ni da terang lagi bersuluh bak kata pepatah melayu.

ziero nak kongsi sikit la pengalaman Ziero, apa yang Ziero buat bila cinta ditolak nih. haha..
perkara yang Ziero buat ni memang berkesan la pada Ziero, tapi tak tau la orang lain. Em dulu Ziero ni kira selalu gak la jadi tempat nak dirujuk oleh beberapa individu yang ada masalah yang sama macam yang ziero hadapi. okeylah untuk menjelaskan perkara ini, Ziero beri situasilah kat y'allzzz..

SITUASI 1:

korang ada terserempak dengan sorang awek/jejaka nih, and korang terus jatuh hati. bak kata orang dulu-dulu, tiang letrik pun korang boleh nampak macam dorang tuh,(hehe). Dan ditakdirkan korang berkenalan ngan dorang. and then diorang pun mcam suka je bila dah kenal ngan korang. korang pun meluangkan masa bersama, SMS, CALL dah mesti, tak cukup dengan tu, TWITTER, FACEBOOK, YAHOO, GMAIL, SKYPE, YM, TUMBLR, BLOG, dan segala yang ada lah, korang gunakan sebagai medium perhubungan. apabila dah bersama, meluangkan masa, hari2 kalau tak berSMS tak sah. Lambat balas je terus CALL. ha sampai tahap macam tu sekali. dan tetiba korang plak suka pada sidia tu. bila korang bagi tau perasaan korang pada dia. dia pun tekejut dan dia cakap yang dia sayang korang and anggap korang sebagai kawan baik la,adik angkatla, abang angkat la, cucu angkat la(ada ke?) segala anggapan lah yang dorang nak sebut. then korang kecewa. dan start dari hari tuh, dia mula menjauhkan diri. Korang tak lagi berpesbuk, twit2 ke hapa ke. then korang sedih, korang rasa dah takde orang lagi yang sayangkan korang
korang rasa terabai.

SOLUTION ZIERO:

ha cara ni juga sesuai digunakan untuk orang yang memang dah bercinta. jadi...

 bila korang dah baca. ada tak yang kena macam nih?? sure ada punya lah. hehe. oklah sikit je solution dia tapi nak buatnya. MASYARAKAT!!... payah bebenor. percaye le kate teman nih! hehe
sebelum korang nak buat benda nih:












WARNING!!!! WARNING!!!!




Hehe, sebab pe teman ni bagi warning nih, sebab teman nak pesan kepada mengkeme-mengkeme sekelian yang nak buat perkara nih. ha nak tau pe warning dia?


KORANG MESTI MEMPUNYAI PENDIRIAN YANG TEGUH. KUAT. TIDAK BERPUTUS ASA!!!!

haa... so kalau korang da ready. JOM ZIERO bagi tau pe yang Ziero buat sampai Ziero boleh keluar dari masalah ni.


  1. yang pertama sekali, INGAT!, Allah bersama dengan orang-orang ynag merasakan diri mereka terainaya dan, jangan sesekali korang lupa pada pencipta korang. apa korang kena buat?? dah tentu la SOLAT. mintak padaNya petunjuk dan jalan keluar.
  2. bila korang dah tekad, korang nak tinggalkan mereka untuk selamanya, korang kena mempunyai hati yang cekal, teguh dan sabar. jangan sesekali pun korang cuba-cuba untuk mendekatkan diri dengan mereka (yang nila teman paling fail nak buat, haha)
  3. kalau boleh, hapuskan segala memori yang korang ada bersama mereka(INGAT!! jangan ada yang merungut or rasa bersalah, kalau korang nak ubat benda ni, korang KENA BUAT).
  4. cari kawan yang sanggup mendengar masalah korang, luahkan. kongsi dengan mereka. supaya segala yang telah menjadi racun dalam hati tu, dibuang keluar.
  5. dan yang terakhir sekali, fikir tentang masa depan anda sendiri. jangan sibuk tentang orang lain. mereka entah-entah tidak memikirkan langsung tentang korang. jadi, kalau yang belajar di Universiti, tumpu lah sepenuh perhatian pada pelajaran, begitu juga yang berada di sekolah dan sebagainya. kalau kerja, lepak lu beb, ramai agi aweks/jejaka yang ada hehe..
 Haa... sekarang lepas korang da baca. cuba la buat. ikut urutan yang Ziero da susun untuk korang INSYAALLAH....... korang tak akan bersedih lagi..

Macam Ziero cakap, perkara ni nampak mudah, nampak sikit. tapi untuk membuatnya macam nak gila, memang susah GILAziero's! hehe 

pape pun

"we struggle for story,to serve ZIERO GRAVITY"

BUAT BAKAL IBU yang Hamil diusia muda!!

Assalamualaikum pembuka kata,
Yo Ziero's!

oklah post hari ini ialah berkenaan dengan satu tips buat kaum hawa yang HAMIL pada usia muda.(kira buat pasangan baru kawin la kan??) oklah Ziero taknak ngomel banyak, 

Ni Ziero nak Cecita cecita la nih, hehe

baiklah tips ini berkaitan dengan masalah biasa yang pasti akan dihadapi iaitu Morning Sickness ha...
apa benda morning sickness?? ok morning sickness ni selalunya terjadi pada wanita yang baru hamil dalam 3 buan yang pertama. Mereka akan mengalami rasa mual dan muntah muntah.

Oklah JOM USHA TIPS DIA..

  1. Bila dah tau yang awak tu da mengandung, makan pada jumlah yang sedikit tetapi kerap.. bermakna tak boleh la tak makan langsung, tak baik pulak untuk kesihatan baby nanti.
  2. ha yang kedua pulak banyak kan makanan yang berkarbohidrat dan berprotein atau pun makan je buah, benda ni smua dapat mengurangkan rasa mual yang dialami oleh mereka yang hamil. selain itu ia juga baik untuk baby(hehe kira semua tips ni memang baik la untuk baby dan mak baby tapi bukan bapak baby la ye??)
  3. kalau boleh elakkan makan makanan yang pedas dan berlemak sebab benda ni akan buatkan anda lebih rasa mual.
  4. minum air yang secukupnya supaya tak kurang air disebabkan muntah-muntah tadi.
  5. dan yang terakhir, banyakkan rehat sebab rehat boleh membantu anda mengatasi rasa mual dan muntah yang berterusan. Jika dah teruk, kunjungi klinik berhampiran untuk merujuk kepada doktor.

hehe gamba diatas ni salah satu dari pemakanan sihat?? sanggup ke wahai ibu2?? hehe
pape pun

"we struggle for a story, to serve Ziero Gravity"

Tuesday 29 March 2011

Aku tak suka ****!!

Assalamualaikum pembuka kata,
Yo Ziero's!

Oklah, kali ni Ziero nak cita something and ni la pengalaman kali ke entah berapa ntah kan..sebab baru je ternampak kat belakang rumah. dan tercetus la idea nak buat post ni. hmm, ok, Ziero nak tanya korang semua, korang tau tak ni minatang apa??





haa... kalau korang nak tau, ni la binatang yang paling aku gerun! sumpah SCARRYziero dowh.. hehe tapi aku bukan nak cita pasal aku takotkan binatang ni.

apa yang aku nak cita ialah, haha.. ni aku nak kasi korang info pasal minatang ni.
ok mula-mula, aku nak cita yang King Cobra, atau pun nama scientificnya ( Ophiophagus hannah) atau pun the largest poisonous snake. ha kalau korang nak tau. ular ni memang besar, and memang panjang. mengikut kajian sebuah organisasi di USA. secara purata ular ini mampu untuk memanjang dari 3.4m hingga 4m. memang panjang gila la kan?? Ziero rasa panjang ular ni ngn panjang bas ekspress memang sama la.


dan berat ular ni saja mampu untuk mencecah 6 kilo! wow memang amazing!. species ini banyak dijumpai di NORTHERN INDIA. Dan species ular yang paling banyak membunuh manusia disana. ha




ha ini la dia punya senjata, nak tau?? bisa dia ni boley bunuh seorang orang dewasa kurang dari 4 minit selepas satu gigitan. bukan itu je, dia ni jugak boleh ludah bisa dia tu.. ha.. kira long range pun dia boleh lawan la kan? and kalau kena ludahan maut dia tu, boleh mengakibatkan mata menjadi buta(kalau kena mata).


ha, betol tak ziero cakap?? hehe. and ada lagi satu fakta yang ziero nak kongsi. ular ni juga dikenali sebagai 
"The Snake Eaters"

Nak tau nape dia ada gelaran tu?? JOM CHECK THIS OUT!!




ha... lihat la mengapa dia dikatakan "KING" dan "SNAKE EATERS" memang dia ni SUPERSCARRY lah
tapi walau macam mana pun, mereka ni tetap dilindungi dan tak boleh suka2 je kita nak bunuh.. sebab ada gak orang yang gunakan dorang ni untuk mencari rezeki, sebagai hobi (WTW hobi men benda nih!!) hehe 




tapi ada sorang pakcik ni, memang da macam takde mende lain nak buat.. hehe jom CHECK THIS OUT!!



Ziero tabik la pada mereka2 yang berani untuk bermain dengan minatang ni.. salute!!

and korang plak pada yang da baca, jangan cuba-cuba, bahaya tengak la akibatnya


ha.. so sekarang korang da tngok fakta, masih berani nak cuba main ngan benda nih??
hehe

pape pun

"we struggle for story,to serve Zero Gravity"

Monday 28 March 2011

selalu kah anda sakit kepala?

Assalamualaikum pembuka kata,
Yo Ziero's!!


okla kali ni Ziero nak tanya kat korang, pernah tak korang rasa sakit kepala yang amat sangat sampai rasa macam otak kita ni nak meletop?? memang sakit GILAziero's kan?? ok pada yang da tau, tak pela, ni Ziero nak Cecita Cecita la nih, hehe..

ok mula2, ziero nak bagi tau sebab apa penyakit ni terjadi, menurut sumber yang telah dikenal pasti. Ziero dapat info ni yang mengatakan sakit kepala yang teramat sangat merupakan satu symptom kepada penyakit yang biasa kita sebut MIGRAIN.











mesti korang semua da biasa kan mendengar penyakit ni, menurut sumber itu, ia mengatakan yang penyakit ini bukannya berlaku pada otak, tetapi saraf darah yang membengkak pada kepala akibat tekanan, mood berubah2 dan pemakanan, berhati2, Zieros sendiri pun da penah kena macam ni memang sakit dia tahap DEWAziero's la kan. 

and kalau korang nak tau lebih lanjut lagi sila la ke laman web ini  KLIK

Ziero sendiri pernah merasakan pengalaman macam ni, sakit weyh, rasa macam otot kat kepala nak meletop.

mengikut kajian yang mereka sendiri buat, orang perempuan lebih cenderung untuk kena sebab perubahan mood ketika datang bulan mempengaruhi hormon dalam badan.

jadi cari la jalan supaya perkara ini dapat dicegah, dapatkan nasihat doktor, makan ubat

pape pun

"we struggle for story,to serve ZIERO GRAVITY"

dirumah sudah aku sekarang...

Assalamualaikum pembuka kata,
Yo Ziero's,

hehe, memandangkan aku telah tamat sem 1 di UNITEN aku telah pun berada dirumah sekarang ni.
alhamdulilah segalanya berjalan lancar...


dalam perjalanan pulang, aku pun dengan seronoknya tak tau nak cakap. hehe,

yang paling mengejutkan Ziero ialah apabila sampai depan rumah, ada seekor anak kucing yang comel gila tunngu depan rumah, yang bestnya, dia terus datang gesel2 badan dia kat kaki Ziero. Memang pucuk dicita ulam mendatanglakan? dan yang paling best, semuanya ada 3 ekor and dorang ada nama masing2.Si kenit, Si Tam dan lagi seekor Si putih hehe apa-apa pun Ziero nak mengucapkan terima kasih banyak kepada Syuk ry dan Annaz kerana mereka telah menolong Ziero untuk mengangkat barang, pape pn dorang semua memang TOPzierolah! hehe..


pape pun

"we struggle for story,to serve Ziero Gravity"



Assassin's Creed Brotherhood: Overview

Assalamualaikum pembuka kata,
Yo Ziero's!

ok memandangkan ini post yang kedua. kali ni aku masih lagi di tahap ingin memperkenalkan diri lagi..
ok aku nak bagi tau and share dengan semua Ziero's tentang hobi aku. Apa yang best?
em xde la apa yang best..
tapi kali ni aku nak bawak korang semua untuk satu Overviews bagi salah satu dari peberet jugak la kan? game ni memang SUPERBziero's bagi aku.


Assassin's Creed Brotherhood



ni la cover depan game nih

ok game ni berkisarkan pasal sejarah apabila, ada dua watak yang berlainan tapi bersangkut paut. Desmond dan Ezio Auditore Da Firenze sebab pe dorang ni berkait rapat? sebab si Assassin master ni adalah ancestor pada si desmond ni. latar kali ni memang dia da upgrade banyak kebolehan Ezio contohnya. kali ni korang boleh tembak guna crossbow, tembak poison memang GILAziero's arr.. ok jom aku bawak korang tengok gameplay dia sikit.


ok ni la dia Ezio Auditore Da Firenze. seorang assassin yang menentang kerajaan Borgia. dan latar game ni kali ni dekat Rome.



kali ni korang boley buat multiple kill dan killing streak berapa banyak pun boley

asalakan korang PROziero's la kan??
yang lagi menarik korang boleh gabungkan weapon bila menyerang contohnya, bunuh satu guna pedang lagi satu guna pistol bergantung pada kecekapan dan kreativiti korang menekan button

buat Horse to Horse assassinate, gempak an??



apa yang paling best, korang boley guna meriam, kereta kebal, flying bomber dan macam2 lagi lah





ok la memandangkan Ziero sendiri dah tak larat nak entry lagi, so pada yang berminat sila la main ye

pape pn...

"we struggle for story,to serve Ziero gravity"

Sunday 27 March 2011

Ziero Gravity tercetus (mukadimah)

      Assalamualaikum pembuka kata,
      yo!
      hehe, aku ni budak baru lagi berblogging nih,
      pada follower-follower (kalau ada la kan?)
      ok nama aku yang sebenar Ruzaini Radzi.
      aku ada facebook dan... facebook je buat masa ni..
      hehe.
     

      Pembikinan blog Ziero Gravity ini merupakan salah satu pembaharuan yang dilakukan oleh membe yang
      selalu support aku dari belakang..

      silalah memfollow yer:
     
      Syuk Ry: http://syncronizeq.blogspot.com/
      
      Annaz hamirzul Iszal: http://annaz-newdivide.blogspot.com/

      ok dorang berdua ni la yang menjadi sumber inspirasi, transkripsi dan segala "si" lah..

       macam aku cakap, blog ini masih belum siap sepenuhnya. Jadi, pada sesape yang nak memberi komen,
      
       sangat dialu-alukan.

       "We struggle for a story, here comes ZIERO GRAVITY"